Nukilan Seorang Perindu lagu paling sekejap dicipta – Zara Kayangan - Utusan Malaysia

Nukilan Seorang Perindu lagu paling sekejap dicipta – Zara Kayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setiap komposer atau pencipta lagu pernah melalui fasa tertentu yang memberi impak besar dan diabadikan dalam lagu.

Zara Kayangan, 26, akui dia senang mencipta lagu berjudul Nukilan Seorang Perindu berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.

“Lagu Nukilan Seorang Perindu merupakan lagu paling sekejap untuk disiapkan. Lirik ditulis dalam masa sehari dan instrumental pula dicipta dalam masa empat hari.

“Saya tidak ada masalah besar dalam pembikinan lagu ini mungkin kerana ia berdasarkan kisah pengalaman sendiri,” katanya.

Menurut anak kelahiran Selangor itu, lagu ini mengisahkan tentang seorang pendosa yang ingin lari daripada masa silamnya dan kembali ke jalan benar dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Lagu tersebut dilancarkan pada 4 Mac lalu dan ia boleh didengari di semua platform digital.

Bagi yang belum tahu, lagu tersebut pernah tersenarai dalam carta lagu Baru Nak Up oleh Radio Era FM serta dimasukkan dalam carta lagu Latest Local Releases oleh Joox.

“Lagu ini hasil ciptaan saya sendiri dan dibantu oleh Ajik Bujangga. Liriknya juga dari saya sendiri dan Ikmal Alif.

“Saya anggap diri saya sebagai penulis cerita, dan vokalis sebagai penyampai cerita. Lagu ini dinyanyikan oleh Kurt Haikal (Mohd. Haikal Amir Rosdi) yang telah menyampaikan cerita lagu ini dengan baik,” katanya lagi.

Bercakap mengenai cabaran semasa menyanyikan lagu itu, Kurt Haikal memberitahu, kesulitan yang dihadapi hanyalah semasa merekodkan lagu kerana perlu rekod di dalam rumah sendiri.

“Oleh kerana lagu ini dihasilkan oleh kami, modal untuk menghasilkan lagu ini sepenuhnya menggunakan duit kami sendiri, daripada proses mix and mastering hingga lah pemasaran dan lain-lain.
“Agak sukar sedikit dari segi kewangan, namun kami berjaya menghasilkan lagu tersebut.

“Saya harap industri muzik negara akan lebih terbuka menerima pencipta lagu yang independent atau underground kerana ramai orang yang sangat berbakat tetapi kurang pengiktirafan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya