Mudahnya ambil anak angkat: Guna wang, kekayaan? - Utusan Malaysia

Mudahnya ambil anak angkat: Guna wang, kekayaan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isu ambil anak angkat hangat dibincangkan dalam media sosial lebih-lebih lagi selepas wujud nama-nama terkenal yang berkongsi cerita di laman sosial.

Ramai yang mempersoalkan, kenapa mudah golongan ini ambil anak angkat sedangkan permohonan yang dibuat terlalu banyak dan prosesnya juga bukan mudah.

Ada juga yang melempar dakwaan, mengaitkan kekayaan dan wang ringgit sebagai “pemudah cara”. Apa juga tuduhan, setakat ini belum dibuktikan. Ikuti kupasan Hangat Seminggu kali ini. Mudahnya ambil anak angkat!

Tolong pandang serius urusan prosedur anak angkat – Hafiz Hamidun
Bagi Hafiz, mana-mana individu tidak cuma golongan artis atau selebriti, jika berhasrat untuk mengambil anak angkat, perkara pertama yang harus dipandang serius adalah penetapan prosedur daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kata Hafiz, perkara ini penting bagi tujuan dokumentasi dan selagi urusan itu dilakukan dengan mengikut syarat-syarat ditetapkan, seharusnya tidak perlu risau akan masalah atau timbulnya pandangan susah untuk mengambil anak angkat.

“Pertamanya kena tahu niat kita mengambil anak angkat dan dalam masa sama, ikut prosedur dari JKM. Kalau ikut semua itu kita akan rasa mudah dan selesa dengan prosesnya. Ini pengalaman saya selama dua tahun ini dalam proses mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap Hamdee.

“Cukup dua tahun jaga Hamdee, saya kena hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi sesi temu bual dengan pegawai sebelum dapat sijil. Siapa yang rasa susah itu, mungkin ada antara syarat yang dia tidak dapat penuhi atau dokumen tidak lengkap.

“Tambah lagi untuk urusan seperti ini, kita kena pandang serius. Jangan ikut trend, orang lain nak ambil anak angkat, kita pun nak. Tapi diri sendiri tak buat kajian atau belajar,”katanya.

Selain itu, kata Hafiz, dia juga sedar tak semua orang memperoleh anak angkat itu dengan cara yang sama kerana ia berbalik kepada ketentutan rezeki.

“Saya pun pernah keluarkan kenyataan ini dalam satu program TV sebelum ini. Ada orang jumpa anak, ada orang susah cari dia untuk bagi anak, ada yang kena beratur di JKM, ada juga yang jaga anak angkat itu kerana ada pasangan sudah terlanjur.

“Janganlah pula anggap senangnya selebriti ini dapat anak angkat bila-bila mereka nak. Tapi harus saya akui, kebanyakan selebriti ini suka berkongsi di media sosial.

“Saya masa awal-awal jaga Hamdee, tak kongsikan dulu. Kita kena faham, selagi boleh menjaga sensitiviti itu, kita jagalah.

“Satu lagi tentang isu anak angkat ini, kita sendiri kena bersedia daripada pelbagai sudut.


Sedia galas tanggungjawab – Sufian Suhaimi

Naluri kebapaan penyanyi Sufian Suhaimi nyata terserlah bila dia bersama anak angkatnya, Faeq Razeeq yang kini sudah berusia empat tahun.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Matamu itu memberitahu, tiada masalah andai mana-mana pihak mahu mempunyai anak angkat jika sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab.

Dilayangkan dengan pertanyaan mempunyai anak angkat kerana jodoh perkahwinan masih belum menyapa dirinya, Sufian tidak teragak-agak menjawab soalan yang diajukan.

“Boleh jadi juga… rasanya memang naluri seorang manusia itu mahukan adanya pewaris.

“Kadang-kadang rezeki tidak semestinya dalam bentuk jodoh. Motivasi untuk berkeluarga itu kadang-kadang ada tetapi, perkahwinan bukanlah jawapannya.

“Jadi, anak angkat antara cara untuk memenuhi keinginan sebagai seorang manusia. Kalau sudah bersedia dan galas tanggungjawab kenapa tidak?” ujarnya orang dewasa pun mahukan rasa kasih sayang daripada kanak-kanak.

Seperti yang sedia maklum, Faeq menjadi anak angkat kepada Sufian sejak 2019 atas persetujuan bersama rakan baik yang sudah dikenali sejak di bangku sekolah lagi. Malah, kedua belah keluarga saling mengenali.

Berkongsi perubahan yang dialami sebagai seorang bapa, katanya, hidup kini lebih bertujuan.

“Bila bangun setiap hari, saya tidak memikirkan tentang diri sendiri sahaja, namun ada orang yang saya jaga.

“Alhamdulillah sejak adanya Faeq, rutin lebih teratur. Kalau dulu, buat apa saja yang saya nak buat,” kongsinya.

Saya berurusan terus dengan ibu bapa – Ahmad Iqbal Zulkefli
Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli menepis dakwaan yang mengatakan dia menggunakan kekayaan untuk mendapatkan anak angkat.

Jelas Iqbal, dia berurusan terus dengan ibu bapa anak tersebut dan mendapatkan persetujuan untuk meletakkan bayi berusia 40 hari itu di bawah jagaannya.

Jadi, katanya, tidak timbul isu guna wang untuk dapatkan anak angkat dari Jabatan Kebajikan. Tegasnya, perkara itu tidak berlaku.

“Mereka bukan orang senang. Jadi sebelum ini saya bantu, beli susu dan jaga kebajikan anak itu.

“Buat masa ini, saya tak kata anak ini akan jadi anak saya. Tapi, mungkin satu hari nanti, saya akan buat.

“Kalau orang persoalkan kenapa mudah saya dapat anak angkat, sekarang mereka tahu. Kes saya lain. Saya bukan berurusan dengan Jabatan Kebajikan,” katanya.

Iqbal juga menafikan, dia menggunakan ribuan ringgit untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa kandung anak angkatnya itu.

“Saya tak pernah beri wang sekelepuk untuk ambil anak itu. Kalau ada yang ingat saya bagi duit ribu-ribu dekat ibu bapa kandungnya, itu tidak benar.

“Adalah saya beli barang keperluan. Bagi sumbangan untuk ringankan beban mereka. Itu sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya