Memang semua perempuan pelakon itu ajak kahwin? - Utusan Malaysia

Memang semua perempuan pelakon itu ajak kahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terus-terang, semasa Cik Bunga dapat tahu seorang pelakon ini mencanang dia hendak berkahwin, kita tak terkejut sangat.

Bukan apa, sebelum itu lagi Cik Bunga sudah awal-awal ‘terkejut beruk’ apabila dia dengan selambanya beria-ia mengajak seorang teman rapat Cik Bunga untuk bernikah dengannya.

Dia sanggup hendak jaga wanita itulah, terlalu sayanglah, walhal bukannya si wanita itu bercinta atau menjalin hubungan dengannya. Urusan pun lebih terarah kepada kerja semata-mata. Tapi si pelakon ini pula yang tangkap cintan.

Tak dilayan itu sudah tentu, tapi itulah, adakala Cik Bunga rasa pelakon ini seakan ada masalah mental pun ada.

Kalau nak tahu, dalam masa sama, ada seorang kenalan Cik Bunga pun pernah pelakon ini ajak berkahwin. Heyyy! Apa dia dah gila? Yang dia ajak kahwin itu sudah berstatus isteri oranglah! Mengucap panjang Cik Bunga.

Pelik dengan perangai pelakon ini. Cik Bunga tak rasa dia mengajak kahwin itu dalam nada gurauan sebab kita bukannya tak boleh bezakan antara gurau dengan tidak.

Kalau sudah beria-ia ajak kahwin itu, sanggup itu ini. Itu bukan hal main-main. Aduhai… agaknya betul desas-desus yang pernah Cik Bunga dengar sebelum ini tentang lelaki ini, dia ini ‘sakit’.

Iyalah, tak akan dengan semua perempuan dia nak ajak kahwin? Suka-suka dan mudah benar kata sayang dan cinta di bibir.

Kasihanlah kepada mana-mana wanita yang jadi mangsanya. Semoga tak adalah orang lain terkena lagi dengan ajakan kahwin dia ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya