Memang memilih tetapi Rompak berbeza - Daiyan Trisha - Utusan Malaysia

Memang memilih tetapi Rompak berbeza – Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Daiyan Trisha mengakui dia sememangnya sangat selektif dalam memilih naskhah yang dilihat mampu memberi impak besar kepada kerjaya lakonannya.

Jelas Daiyan, dia tidak mahu dilihat sebagai pelakon ‘sapu semua’ dan menerima tawaran sesuka hati tanpa menilai kualiti sesebuah karya itu.

“Memang saya agak memilih terutama naskhah filem. Lagi pula saya juga seorang penyanyi dan pengacara, jadi pemilihan itu penting khususnya dalam menyusun jadual kerja.

“Sebagai contoh, telemovie baharu saya, Rompak. Naskhah ini berbeza kereana isu scammer ini begitu dekat dengan kehidupan harian kita. Malah barisan pelakon dan pengarah juga memainkan peranan penting,” katanya.

Berkongsi lanjut tentang Rompak, jelas Daiyan dia menerima watak Nadia itu kerana jalan cerita yang straight forward serta isu scammer yang dimainkan.

“Saya pasti peminat akan senang relate dengan Rompak. Isu scammer ini memang hari-hari kita dengar. Jadi naskhah ini ada impak serta kualitinya,” katanya.

Rompak berkisarkan Ashraf yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Sofea, mempertaruhkan semua wang simpanannya dalam satu skim
pelaburan cepat kaya tanpa menyedari ianya merupakan skim penipuan.

Sedar dirinya ditipu, Ashraf cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut namun didatangi Nadia yang pernah bekerja dengan ketua sindiket ‘scam’.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu bakal ditayangkan di Astro First bermula 16 Jun 2022 (Khamis) ini dibintangi Zizan Razak, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, MK
K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlynn dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya