Kedai makan disabotaj sepupu - Utusan Malaysia

Kedai makan disabotaj sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak beranilah Cik Bunga nak sebut kedainya terletak di mana, tapi cukuplah sekadar kita katakan yang penyanyi ini memang pernah rancak berniaga berjual beli makanan dan ramai datang kedainya sebelum ini.

Cik Bunga pula sudah lama pasang hajat nak singgah dan rasa makanan yang dijual penyanyi itu, tapi dari mula dia buka kedai, masih belum ada kesempatan kita nak datang. Iyalah, Cik Bunga pun sentiasa saja ada urusan dan kerja yang hendak dilakukan.

Tapi bila baru-baru ini Cik Bunga pasang hasrat nak pergi, ada seorang teman beritahu, kononnya, penyanyi itu sudah tidak berminat lagi nak teruskan perniagaan di restorannya itu.

Bukan apa, asyik kena sabotaj saja dengan sepupunya yang juga buka kedai makan berdekatan dengan kedai penyanyi itu. Ada beberapa kejadian pernah terjadi, termasuk tergamak mengupah orang awam untuk jadi pelanggan tapi memburuk-burukkan restoran milik penyanyi itu di media sosial.

Entah kenapa, sekali dengar, terus Cik Bunga teringat jalan cerita filem Lagi-Lagi Senario. Ingatkan dalam filem atau drama saja jadi benda begini. Eh! Di dunia realiti memang ada! Punyai pertalian darah pula itu. Aduhai, tak bolehkah berniaga dengan cara yang sihat?

Inilah situasi, bila mana dikata orang Melayu suka hasad dengki, kita marah, kita nafikan. Tapi adakalanya, memang perkara seperti ini berlaku. Baik dalam mana-mana pekerjaan sekali pun, wujud saja orang begini.

Tapi, Cik Bunga harap, penyanyi itu tidaklah meneruskan hasratnya untuk menutup kedai. Hanya disebabkan sikap sepupu yang begitu, jangan digadai usaha dan penat lelah yang telah dilakukan demi mencari pendapatan hidup.

Iyalah, jadi artis ini, nak tumpu pada satu cabang pendapatan saja, tidak dapat beri jaminan. Kira baguslah dia nak berniaga untuk luaskan sumber pendapatan. Sekurang-kurangnya dia tidak hidup meminta-minta, harap bantuan orang.

Tapi itulah, jadi pula hal begini. Cik Bunga doakan segala urusan penyanyi berbakat besar itu dipermudahkan-Nya. Insya-Allah, kalau hati baik, Allah SWT pasti bantu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya