Jay Nazif cedera kaki kanan, doktor kesan keretakan lama - Utusan Malaysia

Jay Nazif cedera kaki kanan, doktor kesan keretakan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon cilik, Jay Nazif, 14, cedera kaki kanan selepas menyertai rentas desa di sekolahnya, Sabtu lepas.

Kata Jay atau nama sebenar Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi, dia yang berasa sakit segera mendapatkan rawatan di klinik pada Khamis lalu.

“Kata doktor, tulang (telapak kaki) sudah lama retak. Saya mengesyaki ia berlaku apabila kaki saya tergeliat, tahun lepas. Cuma ketika itu, saya tidak merasa sakit kerana keadaan pulih hanya dalam beberapa hari.

“Namun apabila dirawat dan melakukan X-ray, doktor mengesan keretakan yang berlaku di telapak kaki saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jay juga memaklumkan gara-gara kecederaan tersebut, kakinya terpaksa disimen.

Dia juga ketika ini terpaksa direhatkan daripada mengikuti sebarang penggambaran drama.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya