Isu anak, saya tak pernah beza-bezakan mereka - Datuk Jamal Abdillah

Isu anak, saya tak pernah beza-bezakan mereka – Datuk Jamal Abdillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah, menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan anak keduanya, Zaki Yamani renggang.

Menurut Jamal, dia tidak membeza-bezakan setiap anaknya walaupun ada antara mereka tidak tinggal sebumbung dengannya.

“Tak ada isu itu. Saya pun ada bersembang dengan Zaki baru-baru ini semasa dia terlibat dalam satu program realiti tv. Masa dia buat persembahan, dia ada hubungi saya juga selepas itu.

“Saya ini sebenarnya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT. Tak boleh nak buat apa sebab kuasa lebih kepada emaknya.

“Saya tak mahu bergaduh dengan dia (bekas isteri) sebab nanti suatu masa, anak pula yang susah. Jadi saya serah pada dia (ibu Zaki). Kalau dia boleh uruskan anak,terpulang pada dia,”katanya.

Jamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya, di ibu kota, hari ini.

Selain itu, kata Jamal, sebagai bapa, sudah tentu dia terbuka menerima kehadiran Zaki mahupun Osama jika mereka mahu tinggal bersama dengannya.

“Bila-bila masa, kalau dia nak duduk dengan saya, boleh saja. Saya pun, sudah sediakan rumah seorang sebuah sebagai peninggalan sekiranya esok-esok saya sudah tiada.

“Insya-Allah, semua senang nanti,”katanya.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Zaki pernah meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak berpeluang untuk beraya bersama bapanya.

Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu dengan anaknya itu selepas bercerai dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya