Dah dapat bantuan tapi nak duit lagi - Utusan Malaysia

Dah dapat bantuan tapi nak duit lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Agaknya jenis orang yang tak pernah rasa cukup atau kenal akan sikap bersyukur.

Adalah seorang teman Cik Bunga baru-baru ini, dia beritahu, seorang artis wanita ini sedang asyik dengan kejayaannya dengan sebuah perniagaan baru.

Kata Cik Bunga, baguslah. Kita nak tengok lebih ramai orang Melayu kita berjaya dalam dunia perniagaan dan melonjakkan ekonomi sendiri dan negara.

Tapi kata teman Cik Bunga ini, dia terkedu juga dengan sikap selebriti seorang ini yang asyik-asyik cakap pasal duit.

Walhal, masa dia buka perniagaan produknya tempoh hari pun, sudah dimaklumkan yang dia dapat dana daripada kerajaan juga.

Tapi entah spesis tak tahu malu ke macam mana, sedang beri ucapan dalam majlis keramaian pun dia boleh nak bergurau pasal nak duit daripada VIP yang dijemput. Tapi gurauan itu dapat dirasakan bukan sekadar melawak, tapi dia memang benar-benar memaksudkannya.

Alahai, janganlah buat perangai kampungan begitu. Kata diri dah tahap antarabangsa, suami pun orang luar negara. Kalau rasa diri dah habis Paris, janganlah buat macam diri dari Parit.

Susahlah kalau melawak pun cakap pasal duit. Nanti, kalau orang kata awak itu mata duitan, marah pula. Cik Bunga rasa dia perlu pergi dapatkan kelas komunikasi yang betul.

Cik Bunga percaya, kalau dia dapat kelas intensif, pasti kecanggungan seperti apa yang berlaku di majlis tempoh hari tak akan berlaku lagi.

Tak payahlah nampakkan diri itu sangkak sangat… kita kena ada kelas dik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya