Berulang-alik Kuala Lumpur Johor jaga mak - DJ Lin

Berulang-alik Kuala Lumpur Johor jaga mak – DJ Lin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, DJ Lin sanggup berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru demi menjaga ibunya yang sedang menjalani rawatan dialisis di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ketika dihubungi, DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid berkata, Khamis lalu ibunya, Puteh Jantan, 80, terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas mendapatkan rawatan susulan dialisis di sebuah pusat pakar Johor Bahru.

Berikutan itu, kesihatan ibunya terjejas dan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

“Sebenarnya ibu baru saja lepas buat dialisis. Tapi dalam perjalanan pulang naik kereta yang dipandu oleh adik terlibat dengan kemalangan kecil.

“Waktu insiden berlaku perlanggaran dengan kereta depan yang mahu melakukan pusingan, sebab itu berhenti mengejut dan menyebabkan ibu yang duduk di kerusi penumpang depan, terkedepan.

“Jadi kaki dan tangan kiri dia membengkak dan lebam. Pukul 3 pagi (3 Jun) bawa ibu ke hospital terus,” jelasnya.

Terdahulu menerusi perkongsian di Instagram milik DJ Lin memuat naik kandungan video menunjukkan ibunya sedang berehat.

Kongsi DJ Lin lagi, ketika ibu dihantar ke hospital, doktor mengesahkan ibunya positif dijangkiti Covid-19. Begitu pun, hari yang ke 10 (12 Jun), ibunya sudah negatif.

“Sekarang ini ibu masih lagi dalam pemantauan doktor. Tak pasti bila boleh keluar wad sebab doktor mahu cuba dialisis guna tapak baru pada lengan kanan Selasa ini (13 Jun).

“Tetapi bergantung pada tahap tekanan darah dia. Kalau rendah tak boleh teruskan dan terpaksa menggunakan paha kanan,” katanya.

Sebagai informasi, awal tahun ini ibunya disahkan menghidap penyakit strok selain menjalani rawatan dialisis sejak empat tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya