Aksi lompat Elisya Sandha cetus kebimbangan - Utusan Malaysia

Aksi lompat Elisya Sandha cetus kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Elisya Sandha, menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan warganet apabila dirinya melompat keriangan selepas mendedahkan jantina bayi dalam kandungan.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna aplikasi Tiktok menerusi satu video ketika di majlis ‘gender reveal’ yang turut dihadiri rakan artis dan keluarga terdekat pelakon tersebut.

Menerusi video berkenaan, pelakon itu dilihat melompat kerana terlalu gembira berkongsi jantina bayi dalam kandungannya yang merupakan perempuan.

“Risau melihat dia melompat-lompat,” komen seorang pengguna.

“Mengandung janganlah melompat, jatuh nanti. Risau,” komen juga pengguna lain.

“Risau melompat tu, takut terkeluar nanti bayinya…” tulis seorang warganet.

Selain itu, rata-rata warganet turut menumpang gembira dengan pengumuman yang dibuat Elisya.

Malah ada segelintir yang mengandaikan rasa gembira yang tercetus dalam diri penerbit dan pengarah, Sheila Rusly, yang bakal menimang cucu perempuan.

“Best lah nak dapat cucu perempuan sebab nanny dia sudah ada dua anak lelaki. Sekali dapat cucu perempuan. Wah, syoklah nanny dia,” komen seorang warganet.

“Cucu pertama, perempuan pula. Memang seronok habis nenda dia,” tulis warganet lain.

Sekadar informasi, Elisa Sandha mendirikan rumah tangga bersama anak lelaki pelakon Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada tanggal 21 Ogos tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya