Vokal kurang mantap, Aliff Kimiey perbaiki dengan Youtube

Vokal kurang mantap, Aliff Kimiey perbaiki dengan Youtube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengakui kebolehan suara kurang menyengat, pendatang baharu, Aliff Kimiey, 19, memberitahu banyak memperbaiki bakat nyanyian menerusi Youtube.

Jelas anak kelahiran Kota Bharu Kelantan ini, dia memanfaatkan platform berkenaan untuk memperbaiki vokal dan kualiti suara.

“Vokal saya dahulu memang kurang sedap. Itu saya akui. Kurang bagi saya.

“Tetapi saya improve. Belajar sendiri dengan Youtube tentang vokal dan pitching. Tak ambil kelas. Tetapi saya merancang untuk sertai kelas di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, empunya nama sebenar Muhammad Aliff Hakimiey Yuswadey ini berkata dia sudah hampir sepenuhnya bersedia untuk berdepan cabaran dunia hiburan.

“Saya sukakan cabaran dan sesuatu yang baru. Tetapi apa boleh saya katakan saya masih belajar.

“Saya sudah bersedia untuk masuk ke dunia hiburan. Insya-Allah akan lebih bersedia di masa akan datang.

“Saya ini bukan tak ada keyakinan diri. Cuma banyak lagi yang perlu diperbaiki. Lebih-lebih tentang vokal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya