Tunggu pelakon bak ‘Sleeping Beauty’ - Utusan Malaysia

Tunggu pelakon bak ‘Sleeping Beauty’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, ada sebuah majlis yang perlu dihadiri oleh Cik Bunga. Hajat nak membantu seorang sahabat industri ini sebab katanya, memerlukan promosi dan publisiti daripada pihak media.

Maklumlah, sudah 10 tahun berada dalam industri produksi, dia ini asyik berada di belakang. Katanya, sudah tiba masanya untuk dia berani ke depan bagi melonjakkan lagi nama produksinya.

Cik Bunga ada juga tanya, ada artis tak yang hadir sama ke majlis? Bolehkah kita temu bual juga. Alang-alang orang kata.

Kata sahabat Cik Bunga, ada. Tapi tak ramai sangatlah. Tapi bolehlah untuk ditemu bual, sambil-sambil itu boleh cerita pasal projek lakonan dan drama yang mereka nak promosi.

Tup-tup, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Majlis yang bermula sejak pukul 11 pagi itu tidak juga menampakkan wajah seorang pelakon wanita yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Cik Bunga dan rakan media lain.

Walhal, dia adalah pelakon utama untuk drama produksi itu. Sempat Cik Bunga berbisik tanya pada penganjur, si polan ini berada di mana? Kita pun ada majlis lain nak hadirkan diri.

Dengan wajah segan silu, si penganjur minta maaf pada Cik Bunga. Katanya, pelakon wanita itu baru bangun tidur. Wah… cantiknya dia! Sudahlah pelakon utama, wajib datang ke majlis itu dan dia tahu ada media sedang tunggu nak temu bual dia!

Kalau sudah tahu diri tak boleh nak uruskan jadual sendiri, pula itu, persis ‘sleeping beauty’, susah nak bangun, rasa Cik Bunga, dia ini dah boleh bernaung di bawah syarikat pengurusan artis. Lebih mudah begitu.

Kalau tak ada pengurusan, inilah jadinya. Tak boleh sesuka hati sangat dik. Jangan menyusahkan orang lain. Apa lagi kalau penganjur dan produksi itu memang memerlukan awak untuk turun padang.
Aduhai, macam-macam hal lah…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya