Terapkan komunikasi berterusan antara artis, pihak pengurusan - Liza Ramli - Utusan Malaysia

Terapkan komunikasi berterusan antara artis, pihak pengurusan – Liza Ramli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi pendapat pengurus artis, Liza Ramli, masalah komunikasi antara pihak pengurusan dan artis adalah punca berlakunya pembatalan saat akhir atau kelewatan memaklumkan semula kepada pihak media.

Menurut bekas penerbit stesen radio ini, tidak dinafikan perkara sebegini sering kali berlaku apabila seorang pengurus itu terlepas pandang jadual tugasan artis tersebut.

“Ini adalah perkara normal dalam industri. Bagi pihak pengurusan, selalunya mereka ini menguruskan ramai artis, bukan seorang. Bila membawa artis pergi ke sana sini, terlepas pandang pula pesanan mesej lain di WhatsApp. Tetapi kerja perlu diteruskan.

“Seperti saya, cuma ada satu nombor telefon dan telefon pintar sahaja. Aplikasi WhatsApp sentiasa perlu semak, media sosial lain tinggal dahulu pun tidak mengapa. Awak perlu menjalankan tugas dengan baik.

“Selain itu, perlu menerapkan komunikasi berterusan antara artis dan pihak pengurusan. Apabila terjadinya perkara ini selalunya berpunca daripada masalah komunikasi. Masalah tersebut dapat diatasi jika kedua pihak memainkan peranan masing-masing,” tuturnya.

Siapa menduga, apabila terjadinya hal seperti ini, secara tidak langsung akan menjejaskan hubungan antara artis, pihak pengurusan dan media.

Liza berkata, seorang selebriti haruslah memikul tanggungjawab dengan menjalankan tugas sebaiknya agar nama baik tidak terjejas dek hal seperti ini.

“Seperti artis, mereka perlu tahu bagaimana cara sekali pun dirinya melibatkan ramai pihak di belakang. Jika tidak mahu melibatkan sikap yang kurang baik sewaktu bekerja, mereka haruslah peka dan sentiasa memaklumkan kepada pihak pengurusan.

“Saya guna pakai pengalaman terdahulu, kebanyakan artis baharu mempunyai rasa segan untuk mesej pengurus atau penerbit. Kalau perkara itu atas nama kerja dan tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang artis, pikul iah dengan sebaiknya.

“Ini kerana peluang itu boleh musnah hanya dengan beberapa perkara sahaja seperti isu ini. Awak patut datang tetapi gagal hadir dan tidak memaklumkan kepada pihak sepatutnya. Sudahnya busuk nama sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya