Sudah tak mahu kenang hal itu - Noorshila Amin - Utusan Malaysia

Sudah tak mahu kenang hal itu – Noorshila Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERNAH dihimpit dengan kontroversi membabitkan tindakan sumpah laknat terhadap dua selebriti sekitar lima tahun lalu, penyanyi senior, Noorshila Amin, menganggap perihal itu sebagai satu pengalaman hidup yang tak akan dilupakan.

Ketika berpeluang bertemu dengannya baru-baru ini, Pancaindera sempat melayangkan tanya khabar mengenai keadaan itu kepada Noorshila yang kini kelihatannya lebih tenang dan menikmati hidup seadanya.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Rambu Ramba dan Kad Ucapanmu ini, dia tidak ingin mengenang kembali apa yang berlaku sementelah mahu terus kekal berada dalam keadaan positif.

“Benda yang lepas jangan dikenang orang kata. Lima tahun dah dan bagi saya, benda yang tak elok, aura yang negatif, kita lupakan. Kita teruskan hidup ke depan dengan melakukan apa sahaja yang buat kita rasa bahagia.

“Allah SWT itu maha kaya. Masing-masing pun sudah terima bahagian. Bukan saya cakap, tapi ternyata masing-masing ada kifarah dan rezeki masing-masing. Semua pihak yang terlibat pun sudah bawa haluan sendiri dan mahu tenang dengan cara masing-masing,”katanya.

Bagaimanapun, kata Noorshila, personalitinya sebagai seorang berbintang Virgo menyebabkan ada perkara yang akan membuatkan dirinya berjaga-jaga dalam setiap langkahnya selepas hal itu berlaku.

“Dendam itu tidak akan ada. Saya ini sama seperti Ifa Raziah, kami sama-sama mempunyai zodiak yang sama. Sifat orang Virgo ini, bila dia berkawan dan baik dengan orang, dia memang akan baik sangat.

“Tapi sekali orang itu mengkhianati atau buat sesuatu yang buruk terhadap mereka, memang sampai ke akhirnya tak akan dilupakan. Orang macam kami ini, akan lebih berhati-hati dan menjarakkan.

“Apa yang berlaku kita jadikan panduan. Bak kata orang, biar kita kenali musuh daripada sahabat. Berhati-hati itu lebih baik,” katanya.

Bahagia kini bergelar nenek

Berkongsi berita gembira, kata penyanyi berusia 59 tahun ini, Syawal kali ini juga melahirkan rasa sejuta kebahagiaan buat dirinya apabila dapat merayakannya bersama cucu kesayangan.

Kata Noorshila, sejak kelahiran Dafiya sejak setahun tiga bulan lalu, dia tidak berpeluang untuk bersama-sama dengan cucunya itu memandangkan anaknya yang berkahwin dengan orang Brunei menetap di negara itu.

“Sejak Dafiya berada dalam perut ibunya lagi, saya memang tak berpeluang menjenguk mereka di sana. Sampai cucu sulung saya ini dah berusia setahun lebih, baru dapat jumpa. Raya kali ini memang seronoklah bila ada cucu ini!”katanya.

Berkongsi cerita, kata Noorshila, dia masih ingat momen pertama kali bertemu mata dengan cucunya itu selepas pandemik berakhir.

“Selalu dapat berborak dan melihat dia menerusi panggilan video sahaja. Tapi bila dapat jumpa itu, rasa bahagia sangat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya