Sheera Iskandar selamat melahirkan anak perempuan

Sheera Iskandar selamat melahirkan anak perempuan

sheera
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sheera Iskandar, selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 7.31 malam, pada Ahad.

Berita gembira tersebut dikongsikan suaminya, Mohd Halim Abdul Gani, menerusi hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.

“Isteri saya, Sheera, selamat melahirkan puteri kami pada 22 Mei 2022, jam 7.31 malam,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, Halim merakamkan penghargaan buat semua yang mendoakan isteri dan bayinya.

Selain itu, dia turut berterima kasih kepada para petugas Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana menjaga Sheera dan cahaya matanya dengan baik.

“Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan.

“Terima kasih juga but para petugas PPUKM, doktor-doktor dan para jururawat yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta.

“Saya amat menghargainya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Amin,” ujarnya lagi.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati rata-rata pengikut dan rakan artis turut menumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

Terdahulu, pelakon drama Gerak Khas Undercover itu berkongsi berita kehamilan anak pertama mereka setelah usia kandungan memasuki trimester ketiga.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya