KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon terkenal, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tampil berkongsi wajah dan nama anak ketiga mereka.
Berita baik itu dikongsi oleh kedua-dua pelakon tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram mereka.
“Salam semua mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga, Salama Samheizy Shaheizy Sam. Dagu tetap!,” tulis Syatilla
Kedua pasangan pada masa yang sama turut berkongsi berat Salama iaitu 3.05 kilogram dan proses bersalin secara pembedahan.
“Keluaq (keluar) ikut tingkap,” kata Syatilla.
Sementara itu Sam berharap hubungan dengan cahaya mata baharu akan menjadi satu perhubungan yang akrab.
“Assalammualaikum. Baik-baik dengan saya ya… kita akan jadi kawan baik tau,” kata Sam.
Terdahulu, Syatilla selamat melahirkan bayi ketiga pada 9 Mei di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Sebagai informasi Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2.
Menjengah di ruangan komen perkongsian kedua-dua pasangan pelakon itu, majoriti pengikut mereka memuji kecantikan wajah dan keunikkan nama anak ketiga mereka.