Realiti dunia K-Pop, kadang tidur dua jam sehari - Isaac Voo - Utusan Malaysia

Realiti dunia K-Pop, kadang tidur dua jam sehari – Isaac Voo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK ramai yang maklum bahawa salah seorang anggota kumpulan popular IN2IT merupakan anak Malaysia yang lahir di Sabah.

Isaac Voo, 27, membawa nama Malaysia apabila menjadi satu-satunya anak tempatan yang berjaya menembusi industri hiburan Korea dan menempa nama seluruh dunia.

Mingguan Malaysia baru-baru ini berpeluang bertemu anak muda ini dalam satu program ramah mesra yang dianjurkan di ibu kota. Ikuti perkongsian Isaac tentang hidup dan cabaran bergelar bintang.

Ceritakan pendedahan awal Isaac terhadap dunia K-Pop

Saya mula mengikuti perkembangan dunia K-Pop pada usia 15 tahun. Bermula dengan menonton persembahan sebuah kumpulan terkemuka di televisyen. Saya tertarik dengan bahasa pertuturan orang Korea dan mula membuat kajian tentangnya. Di sekolah, saya dan rakan-rakan aktif menari dan kami memberanikan diri menyertai pertandingan di Kuala Lumpur. Kemudian kami terbang ke Korea untuk menyertai pertandingan di sana. Saya pergi tanpa wang yang banyak dan hanya mampu menyewa bilik kecil. Kehidupan di Korea tidak mudah. Tetapi saya tidak berputus asa. Satu per satu uji bakat saya sertai namun gagal kesemuanya.

Kongsikan cabaran yang Isaac hadapi sebagai artis K-Pop yang bukan berasal dari Korea.
Persaingan dunia K-Pop terlalu sengit. Setiap hari ada sahaja bakat-bakat baharu muncul. Kami perlu perbaiki kelemahan. Bukan mudah untuk saya bertahan di sana. Ditambah pula dengan perbezaan nilai mata wang di Korea yang jauh lebih tinggi berbanding kita di Malaysia. Sehinggakan saya terpaksa ikat perut. Kesannya, saya hilang berat badan terlalu banyak. Ada waktu saya rasa sukar. Meskipun saya merasakan penguasaan bahasa Korea saya sudah baik, namun syarikat pengurusan melihat ada banyak kelemahan. Hampir kesemua lagu, kebanyakan bahagian yang saya nyanyikan dipendekkan. Itu menyedihkan. Tetapi, sebagai saya satu-satunya anggota kumpulan yang bukan orang Korea, saya tidak membeza-bezakan. Bahkan mereka menganggap saya seperti orang Korea. Begitu juga dengan peminat di sana yang agak terkejut apabila mengetahui saya orang Malaysia.

Benarkah artis K-Pop perlu menunggu bertahun-tahun sebelum layak menjadi bintang?
Agak mengejutkan, saya tidak perlu menjadi pelatih yang melalui proses yang terlalu lama sebelum bergelar artis di sana.
Namun tidak dinafikan, keadaan itu berlaku. Kebanyakan artis K-Pop mengambil masa yang cukup lama, mempersiapkan diri sebelum diterima untuk bergelar bintang. Kemahiran amat penting, namun personaliti adalah segalanya. Tanpa kualiti itu, sukar untuk anda tembusi pasaran di sana. Saya pula tidak jangka akan diterima baik di sana.

Pernahkah Isaac berdepan tekanan untuk kelihatan kacak setiap masa?

Setiap individu ada tarikan tersendiri. Tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih menonjol. Hanya menjadi diri sendiri. Apa yang diambil kira adalah kebaikan hati dan ia akan menyerlah pada luaran. Tetapi saya tidak katakan tidak kepada pembedahan plastik. Itu adalah hak masing-masing. Pihak pengurusan kami memberi kebebasan dan tidak pernah menekan agar kami tampil dalam rupa paras tertentu.

Adakah kehidupan sebagai artis K-Pop mudah seperti yang disangka?
Apabila memilih untuk masuk ke dalam industri ini, saya sedia dengan tekanan yang bakal saya hadapi. Kepenatan yang saya rasakan dan kesibukan yang berpanjangan. Namun, realitinya, kehidupan sebagai artis K-Pop memang mencabar. Dalam kebanyakan masa, kami hanya tidur dua jam sehari. Ada ketika, langsung tiada. Ambil masa yang lama untuk bersiap.
Setiap hari kami bangun seawal enam pagi untuk bersiap. Kemudian menghadiri persembahan demi persembahan dan sesi bertemu peminat. Proses itu berulang-ulang. Ada ketika, saya jatuh sakit. Namun terpaksa meneruskan persembahan . Saya juga pernah dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan ketika membuat persembahan. Itu antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya