Ramai komen kata saya masih nak kan Norman... sudahlah tu... - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Ramai komen kata saya masih nak kan Norman… sudahlah tu… – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Abby Abadi, tampil mendedahkan persoalan segelintir pihak yang mempersoalkan keakrabannya bersama keluarga bekas suami yang juga pelakon, Norman Hakim.

Menurut Abby, ada dalam kalangan netizen mempersoalkan mengapa perlu menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga bekas suaminya walhal dia telah mempunyai keluarga sendiri.

“Sambung lagi video raya pertama dengan sedikit cerita supaya tiada yang iri hati dan berkata yang tidak-tidak ya. 2022 dah ini… tolong ubah mentaliti.

“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala… ada juga yang kata jangan rapat sangat, tidak elok, serta tidak manis.

“Kenapa mesti nak raya bersama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu dan kenapa begini… banyak pula persoalan ya? Baik pun dicari-cari pula salah,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia memberitahu merancangan dan berbincang bersama kedua belah keluarga sudah menjadi rutin.

Selain Abby menjelaskan berkumpul beramai-ramai juga sudah menjadi rutin setiap kali menyambut lebaran.

“Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya? Tahun sebelum ini ada artis persoalkan kenapa mesti nak raya dengan bekas. bla bla bla…

“Hello! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dan pasangan kami itu? Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun sudah macam ini, memang ke mana-mana pun rancang sesama kerana anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama.

“Apa yang jadi masalah sangat itu? Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman… aiyo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah itu,” dedahnya lagi.

Dalam pada itu, dia memohon doa agar ikatan sebuah kekeluarga terus utuh hingga ke syurga Ilahi.

“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redaNya.

“Doakan kita dan kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke syurga Firdausi-Nya. Buat baik dan berbaik-baik. Allah sebaik-baik penilai,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya