Pernah hampir dicekik tengkuk - Fauzi Nawawi - Utusan Malaysia

Pernah hampir dicekik tengkuk – Fauzi Nawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Merupakan antara pelakon lelaki yang sering diberi tanggungjawab membawakan watak antagonis, Fauzi Nawawi, berkongsi pengalaman pernah hampir dicekik individu yang fanatik dengan sebuah drama yang dilakonkannya sebelum ini.

Kata Fauzi, bagaimanapun, ketika itu penggunaan media sosial belum begitu meluas dan peminat hanya berpeluang melihat artis atau yang diminati menerusi kaca televisyen, majalah atau surat khabar.

“Saya melalui zaman transisi sebelum ada media sosial, platform itu belum meluas dan kini ia menjadi satu keperluan. Bila ingat kembali, pernah ketika saya sedang menjalani sebuah penggambaran di luar, ada individu datang ke arah saya dan nak cekik tengkuk serta ugut saya.

“Pernah berlaku zaman itu. Tapi, sekarang ini saya percaya, tak adalah penonton benci sampai begitu. Masyarakat kita semakin cerdik. Mungkin ada yang cakap dia marah dengan pelakon tertentu itu disebabkan drama yang ditonton, setakat marah begitu sajalah.

“Saya tak fikir ia mampu sampai mengancam keselamatan artis itu. Mereka tahu itu sekadar lakonan dan pelakon itu cuma menzahirkan watak dalam drama, bukan realitinya mereka begitu,”katanya.
Selain itu, menurut Fauzi, dia sedar sukar membuang pandangan orang ramai terhadapnya sementelah sering membawa watak jahat.

“Saya ini memang dah dicop sebagai pelakon jahat dan memang orang benci. Tapi persepsi itu saya ambil dan cuba untuk ubah. Kadang-kadang bila saya bawa watak baik, mereka pula tak boleh terima.

“Kata saya buat-buat baik pula.Tapi saya percaya, lama-lama orang akan terima kita ini cuma pelakon. Waima apa sahaja watak yang diberikan, kita cuba laksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin.

“Saya okey saja kalau setakat dimaki, dicaci kerana watak jahat yang dibawa. Itu sudah jadi biasa. Bermakna lakonan kita menjadi. Tapi, kalau dari segi ancaman keselamatan itu, tak adalah. Harapnya jangan begitu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya