Penyanyi rap India, Moose Wala mati ditembak

Penyanyi rap India, Moose Wala mati ditembak

Moose Wala
Moose Wala
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Penyanyi rap India, Moose Wala, 28, mati ditembak ketika bersiar-siar di Mansa, Utara India, dekat sini semalam.

Moose atau nama sebenarnya Shubhdeep Singh Sidhu parah ditembak dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Hasil siasatan polis mendapati insiden serangan itu mempunyai kaitan dengan permusuhan antara kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan.

Mendiang yang bermula sebagai penulis lagu, mengecap populariti pada 2017.

Moose juga merupakan penyanyi rap yang terkenal dalam kalangan masyarakat India yang tinggal di luar negara seperti United Kingdom dan Kanada. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya