Paris Hilton, Nicole Richie kekal bersahabat

Paris Hilton, Nicole Richie kekal bersahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Persahabatan jutawan ternama, Paris Hilton dan pelakon, Nicole Richie bukanlah sesuatu yang asing.

Kedua-dua figura ini mencipta nama dan kejayaan bersama menerusi rancangan realiti The Simple Life yang popular sekitar tahun 2003 sehingga 2007.

Namun selepas itu, hubungan rakan karib ini dilaporkan dingin dan masing-masing saling menjauhkan diri.

Menurut portal Grazia, persengketaan antara Mereka bermula pada 2004. Richie didakwa mengaibkan Hilton dengan mendedahkan rakaman berunsur lucah melibatkan wanita tersebut.

Namun, dakwaan itu ditepis sekeras-kerasnya Richie dan menegaskan bahawa pertuduhan tersebut sebagai fitnah yang cuma merenggangkan mereka.

Hilton, pada 2005 mengesahkan dia dan Nicole tidak lagi bersahabat.

“Dia tahu apa yang dilakukannya kepada saya. Itu sahaja yang boleh saya katakan tentangnya,” katanya kepada majalah People.

Namun pada tahun sama, Richie, menerusi rancangan Today, menjelaskan bahawa persengketaannya dengan Paris adalah gara-gara tindakan kebanyakan media yang membesar-besarkan isu yang dihadapi, yang mana tidak dijelaskan secara terperinci olehnya.

Pada 2006, Hilton dan Richie sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat meluangkan masa dan makan malam bersama.

Majalah People, menerusi sumber yang dipercayai, menyifatkan kedua figura tersebut seakan sudah kembali bersahabat.

Wakil penjenamaan kedua-dua selebriti tersebut mengesahkan pertemuan itu namun tidak menjelaskan secara terperinci sama ada ia dilakukan atas dasar peribadi mahupun urusan kerja.

Namun spekulasi sekali lagi tercetus apabila Hilton tidak hadir pada majlis perkahwinan Richie meskipun dijemput awal.

Bagaimanapun, Hilton dilaporkan menghan­tarkan buah tangan sebagai tanda terima kasih atas jemputan berkenaan.

Pada 2014, Richie menerusi rancangan Watch What Happen Luve kelolaan Andy Cohan mengakui Hilton sebagai seorang sahabat sejati manakala Hilton, turut berpandangan sama, menyifatkan Richie sebagai teman baik yang menghiburkan.

“Dia ialah indvidu paling lucu yang saya kenali sepanjang hidup saya. Tidak pernah gagal membuat saya ketawa,” ujarnya.

Hilton pada 2019, juga menyatakan kepada saluran berita Australia, News, bahawa dia dan Richie kekal bersahabat dan menyayangi antara satu dengan lain.

Sumber: The List

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya