Mona Allen hamil, Pekin alami alahan teruk - Utusan Malaysia

Mona Allen hamil, Pekin alami alahan teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mona Allen terbuka berkongsi dia kini berbadan dua dan usia kandungannya bakal memasuki enam bulan.

Menariknya, kata isteri Pekin Ibrahim itu, suaminya pula yang mengalami alahan teruk sementelah Mona hanya menjalani hari biasa secara normal.

“Ceritanya dapat tahu awal tahun ini. Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira serta inilah hadiah paling seronok untuk tahun ini.

“Sekarang ini sudah nak masuk enam bulan. Saya tak ada alahan. Tapi Pekin yang dapat, saya rileks sahaja (tertawa kecil). Tidak lama cuma, Pekin alami alahan itu pada tiga bulan pertama sahaja.

“Selain muntah dia juga demam dan mengidam makanan yang masam, teruk alahan dia sampai ada ketikanya hilang selera makan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengenai jantina dan nama, Mona tidak berahsia tetapi dia bercadang untuk berkongsi pada majlis sambutan bayi kelak.

Kongsi Mona lagi, anak pertama itu nanti akan dilahirkan di Hospital Andorra Seri Kembangan dan akan berpantang di rumah sahaja.

Menyentuh sanubari bakal ibu itu, Mona mengakui hadir satu perasaan bercampur aduk.

“Kali pertama mendengar perasaan saya sudah tentunya mula-mula terkejut tetapi ini adalah momen paling indah. Masa dengar degupan jantung bayi saya dengan suami rasa teruja dan gembira sangat,” akhirinya.

Untuk rekod, Mona dan Pekin berkahwin pada 7 Disember 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya