PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan pengacara, Mira Filzah, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il, menzahirkan kesyukuran dan merakamkan penghargaan buat mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk cahaya mata sulungnya.
Perkara tersebut dikongsikan Wan Emir menerusi satu perkongsian foto yang memaparkan Mira dan bayi di entri Instagram.
“Emir dan Mira ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa, ucapan serta kasih sayang yang tidak terhingga.
“Terima kasih juga kepada ibu papa dan mak abah serta kepada semua yang menyayangi kita semasa kita kecil.
“Kerana menunjukkan kita apa ertinya menjadi ibu bapa yang baik. Nilai pengorbanan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya,” coretnya di Instagram.
Mengulas lanjut, Wan Emir juga menitipkan harapan agar dapat menjadi penjaga yang baik buat cahaya matanya itu.
“Moga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb. Bismillah,” ujarnya.
Rata-rata warganet dan selebriti mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain mendokan agar puteranya sentiasa dilindungiNya.
Selasa lepas, bekas pengacara program Nona itu selamat melahirkan anakanda sulung mereka pada jam 3.40 pagi, di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Terdahulu, suami tercintanya mengesahkah Mira sudah berbadan dua di Instagram selepas berbulan menyimpan rahsia.
Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020.