Kenapa perlu tipu pesakit saya - Dr Rafidah Abdullah tegur Mawi - Utusan Malaysia

Kenapa perlu tipu pesakit saya – Dr Rafidah Abdullah tegur Mawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil menegur penyanyi dan pengarah, Mawi berhubung iklan promosi produk kesihatan.

Rafidah, menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya berkata, tindakan Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani yang mendakwa ada ahli keluarganya telah merasai perubahahan selepas meminum jus berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.

“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Iklan dan Ubat 1956.

“Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama!” tegasnya.

Menerusi kenyataan sama di Twitter, Rafidah turut memuat naik iklan promosi produk minuman kesihatan berkaitan yang didakwa mampu mengurangkan masalah penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

“Adakah semua artis atau selebriti tidak beretika? Bukan dah ada panduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sediakan untuk selebriti.

“Silalah baca betul-betul. Cukup-cukup menipu orang tua, cukup-cukuplah,” tulisnya.

Dalam pada itu, salah seorang pengguna tampil mendedahkan kesan sampingan yang dialami hasil menggunakan produk berkenaan.

“Nenek saya pun pernah minum jus ini. Kononnya elok untuk buah pinggang. Sekarang dah sakit buah pinggang tahap empat,”komen seorang pengguna.

“Seperkara tentang orang kita, apa artis atau pempengaruh jual, cepat saja orang percaya. Tapi bila suruh pergi jumpa doktor, dikatanya pula doktor itu bukan tuhan. Iyalah labu,” sindir seorang pengguna di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya