KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein menegaskan ibu bapa berhak untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka di media sosial.
Menerusi kenyataan di Instagramnya, Elly berkata, privasi dan perkongsian kandungan melibatkan keluarga adalah pilihan masing-masing.
“Buat pilihan sendiri, pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia popular. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.
“Jangan pelik sangat benda tak ada apa pun nak dipelikkan atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat kandungan.
“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM, apa entah nama dia, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli atau Kak KM meluahkan pandangannya tentang tindakan selebriti yang tidak mendedahkan wajah anak mereka di media sosial
Dalam pada itu, penyanyi Farahdhiya tampil bersetuju dengan pandangan Elly berkaitan hal tersebut.
“Betul! Jangan sibuk hal peribadi orang lain, masing-masing ada pilihan.
“Kita buat apa yang terbaik untuk orang-orang yang kita sayang,” komennya.