KUALA LUMPUR: Penyampai Hot FM, Haziq Hussni dan isteri, Ayunda Putri Mekarsari selamat menimang cahaya mata ketiga.
Haziq yang berkongsi khabar gembira itu di Instagram memaklumkan bayi perempuan itu dilahirkan pagi semalam.
Ujarnya, dia bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang menemani isteri ketika bersalin.
“25.5.2022, 9.52 am. Seorang lagi puteri dilahirkan.
“Kali kedua teman Ayunda Puteri masuk operation theatre (OT). Dapat pegang tangan dia sepanjang pembedahan.
“Ibu kuat. Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak, sayang. Thank you so much,” tulisnya.
Haziq dan Ayunda mendirikan rumah tangga pada Julai, 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Aulia.