Giliran Siti Nurhaliza di Times Square, New York

Giliran Siti Nurhaliza di Times Square, New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mengharumkan nama negara di mata dunia setelah figuranya muncul menghiasi papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Siti, dia teruja dan bersyukur apabila wajahnya pula dipaparkan di papan iklan tersebut.

“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papa iklan ini adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

“Equal adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia,” coretnya.

Mengulas lanjut, penyanyi itu memaklumkan dia adalah salah seorang wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura.

“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara.

“Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain mengucapkan tahniah buat penyanyi tersohor itu.

Sekadar informasi, Siti Nurhaliza merupakan artis Malaysia keempat yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas kumpulan Dolla, Yuna, dan bintang baharu Layla Sania.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya