PETALING JAYA: Pelakon, Elfira Loy, meluahkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuannya pada jam 6.27 petang, semalam.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon naskhah popular Qalesya itu menerusi entri Instagram miliknya.
“Saya mempunyai banyak foto yang hebat tetapi saya suka yang ini. SubhanAllah.
“Ayah adalah sememangnya superhero, menangis mommy melihat Ayah sambut awak sendiri, semasa mommy ‘pushed’ awak.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Pengalaman yang sungguh menakjubkan. Puteri saya, Jumaat 20 Mei 2022, jam 6.27 petang,” coretnya.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminat dan rakan artis memenuhi ruangan komen memberikan ucapan tahniah serta mendoakan agar bayi mereka menjadi anak yang solehah.
Menerusi perkongsian sebelum ini, Elfira memohon doa orang ramai agar proses melahirkan bayi dipermudahkan.
Sekadar informasi, Elfira dan suami tercinta, Faris Khairol Anuar, mendirikan rumah pada tanggal pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf.