PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy buat berkongsi gambar puterinya yang dilahirkan pada 20 Mei lalu kepada umum.
Elfira memuat gambar bayi yang dinamakan Nur Aria Mikayla itu di Instagramnya hari ini.
Dalam hantaran itu Elfira Loy melahirkan rasa syukur kerana dianugerahkan anak kedua itu.
“Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki didunia dan diakhiratnya.
“Lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” tulisnya.
Elfira berkahwin dengan Faris atau Muhamad Faris Khairul Anuar pada Januari 2019.
Pasangan itu sebelum ini sudah dikurniakan anak lelaki yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf. – UTUSAN