Ditampar bahu gara-gara ‘Mak Leha’ - Liza Abdullah - Utusan Malaysia

Ditampar bahu gara-gara ‘Mak Leha’ – Liza Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi pelakon hebat dan ber­pengalaman, Liza Abdullah, an­ca­man gara-gara membawa watak antagonis sudah menjadi satu perkara normal yang dihadap di­­rinya sekian lama lebih-lebih lagi ketika melakonkan watak Mak Leha menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Pelakon berusia 57 tahun itu berkata, pelbagai kecaman dan ancaman, termasuklah berbentuk tulisan, verbal mahupun fizikal diterimanya gara-gara membawa watak tersebut.

“Contoh, masa buat musim kedua drama tersebut. Macam-macam perkataan tak manis dan ancaman yang dilayangkan kepada saya di media sosial. Antaranya, gambar patung dicucuk-cucuk, umpama disihir yang ditujukan kepada saya.

“Selain itu, saya juga diserang, namun tidaklah teruk. Seingat saya, masa itu saya berniaga. Selain peminat, saya didatangi seorang wanita lanjut usia yang secara tiba-tiba menampar bahu saya sambil memberitahu dia geram. Tapi saya sempat tenangkan, jelaskan kepadanya yang jahat adalah watak dan semua itu hanya lakonan.

“Saya okey, tak ada isu pun. Cuma bayangkan, kalau dia lakukan perkara sama kepada orang lain, bukan artis. Sesiapa sahajalah, pasti akan marah. Mesti akan terfikir kenapa sampai macam itu sekali tindakan mereka,” ceritanya.

Kata Liza, sebagai pelakon, dia kena bersedia dan terima bahawa segala bentuk ancaman yang diterima hanyalah reaksi penonton terhadap watak yang dibawakan. Baginya, dia okey selagi tidak melampaui batas.

“Pada saya, mungkin mereka terlalu marahkan watak itu. Awalnya, saya hairan kenapa boleh jadi sampai begini.

“Tapi lama kelamaan, saya faham dan terima, sebagai pelakon ini sebahagian perkara yang perlu saya hadap.

“Saya sudah bersedia dengan situasi begini. Tidak menjadi masalah pun. Saya okey sahaja. Tetapi saya harap, tidak berlebih-lebih. Itu hanya watak, janganlah sampai Liza Abdullah ini diancam,” pintanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya