Dibenci? Saya rasa gembira kerana itulah tujuannya - Nad Zainal - Utusan Malaysia

Dibenci? Saya rasa gembira kerana itulah tujuannya – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi pemain watak antagonis menerusi naskhah hit Dendam Seorang Isteri ini, Nad Zainal menzahirkan rasa gembira apabila berjaya membuat penonton amarah dan geram dengan karakter yang dilakonkan.

Katanya, ia adalah satu kepuasan sebagai seorang pelakon apabila dapat menyampaikan karakter yang dibawa itu dengan baik sehingga penonton terbawa-bawa di luar.

“Saya gembira sahaja, maknanya lakonan itu jadi. Jika kita berlakon jahat tetapi penonton menyampah sebab tidak menjadi, itu lain.

“Tetapi kalau orang rasa geram dengan watak itu, saya rasa gembira kerana itulah tujuannya.

“Jadi kalau saya baca komen-komen, memang saya gembira. Kita pun rasa berbaloi dengan hasil kerja kita,” katanya.

Walaupun sebelum ini Nad banyak menerima komen penonton yang bersifat kebencian, menerusi media sosial miliknya, namun, dia tidak pernah lagi dikasari mana-mana pihak ketika di luar dan dia menyifatkan penonton bijak dan tidak melakukan perkara tersebut.

“Sekarang ini tidak pernah kena lah lagi seperti itu, kebanyakan bercakap-cakap sahaja tetapi berjumpa depan kita, baik sahaja.

“Namun, jika terkena pun kita boleh selesaikan dengan baik. Saya tidaklah nak melenting. Mungkin ada juga yang terikut-ikut selepas menonton itu.

“Tetapi bagi saya penonton bijak. Tiada lah sampai jumpa depan-depan nak berkasar dengan pelakon tersebut,” tuturnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya