KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau, pelakon meningkat naik, Harris Anuar ditimpa musibah Selasa lalu.
Khabar duka itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya beserta gambar menunjukkan mata sebelah ditampal kain pembalut.
“Hari itu dah tebuan kali ini haihhh (keluhnya). Itulah orang cakap jangan main basikal waktu-waktu raya, degil.
“Tragedi malam raya kedua. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius. Calar sikit sahaja,” luahnya ringkas.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis terkejut dengan keadaan pempengaruh media sosial berkenaan selain mendoakan kesembuhannya.
“Ya Allah semoga cepat sembuh,” komen pereka fesyen, Hatta Dolmat.
“Weh apa sudah jadi,” komen Ozlynn.
“Harap mata awak okey ya Aboy,” komen Catriona Brian Ross.
Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu kini sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.