Aripah Damanhuri meninggal dunia - Utusan Malaysia

Aripah Damanhuri meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Aripah Damanhuri meninggal dunia pukul 8.15 pagi tadi.

Anaknya, Nurpais Ismail memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Katanya jenazah kini masih berada di HKL dan akan dimandi serta dikafankan di sana.

“Kami akan bawa jenazah ke surau At-Tarbiah, Batu Caves untuk disolatkan.

“Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur,” katanya.

Allahyarham yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Pada 23 April lalu, Allahyarham terpaksa ditidurkan selepas paras oksigennya menurun.

Aripah aktif berlakon sejak 1980-an dan pernah membintangi dua filem antaranya Senario XX dan 8 jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya