Anzalna selamat bersalin anak kedua

Anzalna selamat bersalin anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UALA LUMPUR: “Alhamdulillah syukur berkat hari Jumaat,”.

Itu luahan Hanif Zaki, suami kepada pelakon jelita Anzalna Nasir selepas isterinya itu selamat melahirkan cahaya mata kedua, semalam.

Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Instagram Hanif yang turut mengesahkan Anzalna telah membuat pemeriksaan terakhir, semalam.

“Walau bagaimanapun takdir Allah ada misteri tersendiri-Nya,” tulisnya lagi.

Selain luahan rasa syukur, Zaki juga memuat naik gambar bersama Anzalna dan cahaya mata mata mereka itu.

Untuk rekod, Anzalna dan suami berkahwin pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN