KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, sebuah festival Islamik, Garden of Eid bakal dianjurkan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bermula 27 hingga 29 Mei depan.
Festival santai dan menghiburkan ini akan menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Ia menampilkan hiburan menerusi pendekatan patuh syariah untuk segenap lapisan masyarakat.
Menariknya, festival ini nanti bakal diserikan dengan kemunculan artis terkemuka tanah air antaranya Raihan, Datuk Jamal Abdillah dan Faizal Tahir yang akan membuat persembahan pada 28 Mei bertempat di Panggung Annuversari, pukul 8.30 malam.
Penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani pula bakal membuat kemunculan khas pada malam penutup (29 Mei 2022) di lokasi yang sama.
Garden of Eid juga bakal dihidupkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan papan seluncur, perkongsian motivasi dan bual bicara serta jualan makanan berkonsepkan Flavors of Malaysia.
Untuk informasi lanjut layari laman web rasmi https://gardenofeid.com.