Agak sedih - Ezad Lazim berhari raya tanpa ayah, ibu dan adik

Agak sedih – Ezad Lazim berhari raya tanpa ayah, ibu dan adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kedua ibu bapa dan adik tersayang, penyanyi bersuara emas, Ezad Lazim mengakui sambutan Syawal pada kali ini berbeza dan menyedihkan.

Namun kata vokalis kumpulan Exists itu, meskipun ketiga-ketiga ahli keluarganya itu sudah tiada, dia masih pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah untuk berhari raya bersama kakak dan saudara maranya di sana.

“Agak sedih. Kali ini, bila balik, mereka tiada. Perasaan itu lain.

“Selalunya, kami berkumpul beramai-ramai. Tapi kali ini, hari raya kami tanpa mereka.

“Mahu atau tidak, memang kena balik kampung. Iyalah, agak lama tak sambut dengan meriah. Kali ini, cuma tinggal kakak saya untuk beraya bersama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ezad kehilangan bapanya sekitar tahun 2019. Pada 2020, ibunya pula meninggal dunia sebelum adiknya pergi bertemu Ilahi pada 2021.

Dalam pada itu, Ezad mengakui dirinya amat merindukan masakan arwah ibunya yang sering disajikan sewaktu hari raya.

“Yang paling dirindukan adalah ketupat dan rendang. Sebelum arwah meninggal dia sempat jamu kami, saja-saja. Tak sangka, itu yang terakhir kami nikmati.

“Selain itu, saya menggemari kuih Suji dan Makmur yang dihasilkan arwah ibu. Arwah adik pula pandai buat Simpul Kasih.

“Hari raya tahun ini memang sedih. Semua itu sudah tak ada,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya