Abang nak minta maaf - Hafreez Adam

Dedah identiti netizen, Hafreez Adam mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hafreez Adam tampil membuat permohonan maaf atas tindakannya yang secara tidak sengaja mendedahkan identiti seorang netizen di Instagram (IG).

Hafreez, menerusi Instastorynya pada semalam memaklumkan, individu terbabit hanya bergurau dengan berkongsikan kandungan TikTok kepadanya di laman sosial berkenaan.

“Berkenaan post (perkongsian) abang awal hari ini, abang nak minta maaf pada yang hantar DM itu secara terbuka. Sebab abang mu yang bijak ini cuma bergurau sahaja sebenarnya.

“Tahu itu trend TikTok. Beriya nak post (kongsikan) gurauan, sampai abang cuma ingat nak tutup nama dia, lupa nak tutup gambar atau display profile (dp) dia.

“Dia hanya bergurau sahaja, buat trend TikTok sahaja. Abang mu ini yang bergurau salah cara,” tulisnya.

Hafreez terdahulu menerima mesej di IG berkenaan trend terbaharu di TikTok yang tular kini.

Namun pelakon berusia 30 tahun ini mengakui responnya terhadap mesej tersebut, yang disifatkannya agak dingin, hanyalah gurauan semata-mata.

Dia juga kesal apabila individu terbabit diserang netizen sementelah identitinya tanpa sengaja dan secara terbuka didedahkan Hafreez.

“Macam orang sudah beriya luah perasaan dekat ‘mat’ ini. Sekali (dia) dapat respon ‘maaf, awak salah orang, nama saya bukan mat’. Yang mana saya sangka ia melucukan.

“Itu sahaja, tak ada niat pun nak malukan orang yang DM itu. Bodoh abang bila terlepas pandang pasal dp dia.

“Bila tuan punya badan tegur, abang cepat-cepat minta maaf. Terbuka juga dan abang turunkan gambar itu dari feed, meskipun dia cakap tak payah pun,” tulisnya lagi.

Pada masa yang sama, Hafreez meminta agar pengguna media sosial tersebut tidak ‘diserang’ gara-gara perkara berkenaan.

Katanya, isu berkaitan sudah selesai dan tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Saya mohon tolonglah, berhenti serang dia. Saya yang post (muat naik) gurauan itu.

“Dia bertanya, dia pula yang diserang. Tak adil bukan?,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya