Yasin tetap artis nasyid

Yasin tetap artis nasyid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak berita penangkapan penyanyi Yasin Sulaiman atas kesalahan dadah, ramai keliru sama ada penyanyi bergelar komposer itu sebenarnya masih ‘artis nasyid’ atau hanya ‘bekas’ sahaja.

Walaupun Yasin pernah memperkenalkan konsep world music dalam muzik arus perdana, namun, khalayak masih menganggapnya sebagai artis nasyid dek kekuatan pengaruhnya ketika menganggotai kumpulan Brothers yang dianggap sebagai Big Four dalam nasyid.

Kira-kira seminggu sebelum Yasin ditahan, penyanyi Mimpi Laila itu pernah mengirimkan mesej WhatsApp kepada Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid), Muhamad Razin Che Mud.

Walaupun sekadar bertanya khabar, sekurang-kurangnya Razin yang juga vokalis kumpulan Mestica mempunyai perbualan terakhir sebelum Yasin berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. 

MINGGUAN MALAYSIA secara eksklusif mendapatkan jawapan sebenar mengenai status bekas juara Anugerah Juara Lagu ke-16 itu daripada Razin yang mewakili seluruh artis nasyid di negara ini. 

ADAKAH Yasin masih bergelar artis nasyid?

SAYA masih menganggap dia sebahagian daripada komuniti Munsyid. Bahkan semasa Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) yang kita anjurkan tahun lalu, Yasin dilantik sebagai juri untuk menilai setiap karya yang dipertandingkan.

Saya tiada masalah apabila ramai masih melabelkan Yasin sebagai artis nasyid sebab dia memang anggota Brothers.

Namun, saya kurang senang sesetengah pihak generalisasikan kesalahan terhadap penasyid apabila melakukan kesalahan.

Yalah, ada beranggapan golongan seperti kami ini adalah agamawan. Apabila penasyid melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang, bunyinya lebih sensasi.

Sama ada dia artis nasyid atau imam sekalipun, sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada kesilapan.

Adakah penasyid lain terjejas disebabkan kes Yasin?

Tiada impak besar setakat ini kerana saya lihat aktiviti artis nasyid lain semakin rancak seperti biasa khususnya semasa bulan Ramadan. 

Bahkan, apabila masuk ke fasa peralihan ke endemik undangan program, persembahan di hotel serta program di kaca televisyen juga banyak melibatkan artis nasyid.

Saya nampak isu ini tidaklah begitu menjejaskan artis-artis nasyid lain. 

Kita memandang kes ini (Yasin) sebagai kesalahan individu, bukan kesilapan secara kolektif.

Percaya konsep bad publicity is still publicity?

Kalau hendak cakap dari satu sudut, orang ramai mungkin akan bercakap tentang nasyid semula. 

Namun, saya tidak percaya konsep bad publicity is still publicity sebab Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda supaya kita bercakap tentang kebaikan bukan keburukan.

Saya lebih suka bercakap tentang kebaikan Yasin, sumbangan dia sejak zaman sekolah menghasilkan album termasuk lagu-lagu yang dihasilkan untuk kumpulan Brothers.

 Itu adalah lebih baik untuk dikenang berbanding menyebut kesilapan dirinya.

Penasyid lain tak nasihat Yasin ke sepanjang dia sakit?

Mungkin kena tanya Brothers atau yang berada rapat dengan dia. Sakit yang dia alami pun tidak pernah dibuat perakuan secara terbuka. 

Kalau dia benar-benar sakit kita sangat sokong dia mendapatkan rawatan.

Saya kira kalau kawan-kawan terdekat mesti ada nasihat, tak kira apa masalah kita hadapi sekalipun. 

Selain Brothers, Kumpulan Mirwana antara yang paling rapat dengan Yasin sebab dari sekolah yang sama. Mereka lebih ‘kenal’ Yasin. 

Artis nasyid pertama terlibat kes dadah?

Saya rasa kalau kes dadah melibatkan artis nasyid mungkin ini adalah yang pertama. Wallahualam, saya tiada datanya. 

Kita pun tak pernah dengar lagi sebelum ini kalau artis nasyid dikaitkan dengan dadah.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya