Sudah sampai masanya saya balas jasa mereka... - Ahmad Idham - Utusan Malaysia

Sudah sampai masanya saya balas jasa mereka… – Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ats objektif tanggungjawab sosial korporat (CSR), pelakon dan pengarah, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nazri, bersama isterinya menandantangani satu memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus dengan Tadika Sinar Indah Berkat baru-baru ini.

Menurut Ahmad, dia memilih Ampang sebagai lokasi pilihan kerana tempat di mana dia dan isteri membesar malah menjadi lokasi permulaan mereka berdua dalam mengusahakan tadika selama 14 tahun.

“Ampang inilah tempat saya dan isteri saya membesar dan di Bukit Indah ini lah di mana mulanya saya dan Isteri mengusahakan tadika kami selama 14 tahun.

“Tadika ini juga merupakan tadika pertama di Bukit Indah yang memperkenalkan kaedah montessori. Saya nak mulakan dulu dengan Ampang sebagai hub Pendidikan Khas dan Insya-Allah akan saya kembangkan ke seluruh Malaysia” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad turut memberitahu sudah sampai masanya untuk dia secara serius menyantuni masyarakat di luar sana yang menyokong kerjayanya sehingga ke hari ini.

“Insya-Allah, selepas termeterai usahasama ini saya akan mulakan gerakan untuk berjumpa beberapa sekolah di sekitar Ampang.

“Saya juga akan menziarahi para keluarga di sekitar Ampang ini untuk membantu mana-mana yang memerlukan khidmat bantuan saya.

“Berjayanya saya selama 25 tahun di dalam dunia seni ini adalah disebabkan sokongan peminat dan masyarakat di luar sana, sudah sampai masanya untuk saya membalas jasa mereka dengan memberi balik kepada komuniti sebagai khidmat masyarakat saya,” ujarnya.

Sekadar informasi, memorandum tersebut menandakan satu jalinan usahasama bagi mempertingkatkan lagi pembangunan dan kesedaran terhadap Pendidikan Khas kepada golongan anak anak istimewa di sekitar Ampang.

Antara yang diperkasakan di dalam memorandum berkenaan termasuklah Tadika Sinar Indah Berkat sebagai tadika pertama di kawasan Ampang yang menyediakan khidmat pendidikan khas.

Selain itu, menyediakan khidmat saringan percuma bagi membantu ibu bapa mendapatkan pra diagnosis tentang kelewatan anak dari segi akademik dan mewujudkan Parent Support Program bersama komuniti ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa.

Kemudian, ia turut menyediakan latihan untuk guru guru mendalami ilmu pengajaran kepada anak-anak istimewa dan melaksanakan program program kekeluargaan untuk ibu bapa dan anak istimewa dari masa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya