SOP tetap kena jaga

SOP tetap kena jaga – Roslan Shah gembira sempadan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah meluahkan rasa gembira dengan pembukaan semula sempadan laluan darat Malaysia Singapura yang bermula hari ini.

Menurut Roslan atau Cik Lan, dia menyambut baik langkah tersebut yang akan memberi kesan positif kepada ekonomi kedua-dua negara.

“Ini adalah langkah yang baik untuk memulihkan semula ekonomi kedua-dua negara yang selama hampir tiga tahun terjejas gara-gara wabak Covid-19.

“Apabila sempadan kita dibuka semula, rakyat Malaysia dan Singapura boleh melancong dengan mudah. Peniaga juga boleh mengaktifkan semula hubungan perdagangan yang sekian lama terjejas.

“Tetapi harus diingat dalam kita bebas keluar masuk, prosedur operasi standard (SOP) tetap kena jaga kerana penularan wabak ini belum berakhir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Roslan lagi, secara peribadi, pembukaan sempadan laluan darat kedua negara juga memudahkan dia bergerak keluar masuk Malaysia dan Singapura untuk bekerja.

“Alhamdulillah. Rezeki tak putus dan ada sahaja tawaran yang masuk tidak kiralah di Singapura mahupun Malaysia.

“Cuma selepas ini lebih mudah untuk saya bergerak menaiki kenderaan sendiri. Sebelum ini, untuk masuk ke Malaysia saya terpaksa menaiki pesawat yang mana prosedurnya lebih rumit,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Roslan juga terharu melihat keseronokan rakyat kedua negara yang rata-rata gembira dengan langkah tersebut.

“Selama tiga tahun ini kita dah macam penjara, tidak boleh ke mana-mana. Saya difahamkan sejak semalam, ramai orang Singapura yang sudah berpusu-pusu masuk ke Johor. Kemeriahan diibaratkan pembukaan jalan baharu.

“Mereka sangat gembira. Orang Malaysia yang bekerja di sana juga sudah rasa seperti dipenjara. Tiga tahun tak balik kampung, jumpa keluarga. Sekarang, mereka sudah dapat pulang dengan menaiki motosikal dan kereta sendiri.

“Jadi saya faham perasaan mereka, kegembiraan yang mereka rasakan itu amat menyentuh hati saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya