Sihir: Saya dah lama kecilkan pergaulan - Enot - Utusan Malaysia

Sihir: Saya dah lama kecilkan pergaulan – Enot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIADA bezanya kehidupan kelompok artis tanah air dengan masyarakat kita ini. Kalau nak sebut pasal dengki sama dengki, tak puas hati sama tak puas hati, perkara itu bukan sahaja terjadi pada mereka yang bukan bekerja dalam dunia glamor, industri seni pula apatah lagi.

Perbuatan sihir menyihir, kalau nak dirungkai, bak kata orang tak akan pernah habis. Jangan pula kata tidak mungkin berlaku di zaman serba moden ini. Pendek kata, sudah banyak contoh mangsa dan cerita, yang berlaku di depan mata.

Ia bukan sesuatu yang mustahil pun kerana industri ini pun bertumbuh atas kata persaingan. Siapa nak cepat ke depan, siapa nak jadi popular, siapa nak namanya terus kekal relevan dan sentiasa ada banyak ‘job’, semua boleh berlaku.

Cuma, pendekatan dan caranya sahaja yang mungkin berbeza-beza. Itu yang berlaku pada pelakon Enot. Mungkin sebelum ini, ada yang tidak berpuas hati dengan rezeki yang sentiasa menyebelahinya maka wujud pula si penghasad dengki yang mahu menjatuhkan.

Lalu kepada Pancaindera, Enot meluahkan rasa.

Lama juga tak dengar khabar Enot. Mendiamkan diri dengan sengajakah atau bagaimana?
Saya sendiri mengaku memang lama tak keluar dengan sebarang khabar. Tapi tak adalah sebab saya nak mendiamkan diri. Saya ini orang yang tak reti duduk diam. Cuma, entah kenapa tawaran berlakon itu belum ada. Adalah saya buat kemunculan masa awal tahun tempoh hari, ada dua tiga drama yang sudah buat. Tapi kemudian, senyap sunyi.

Maksud Enot, orang dah tak mahu Enot atau macam mana?
Entah. Tapi memang senyap betul lepas itu. Saya cuba juga fikir positif dan dalam masa sama, sahabat saya, Didie Alias mempelawa untuk ikut dia. Dia ada hasilkan pes makanan, jadi disebabkan saya tak ada kerja berlakon, dia tolong saya dengan menyuruh jaga jualan produk. Tapi kata dia, kalau saya dapat tawaran berlakon, dia tak akan halang dan boleh pergi penggambaran macam biasa.

Kalau diikutkan, Enot ini pelakon yang jarang timbulkan masalah dengan mana-mana pelakon atau produksi. Berlakon pun boleh tahan bagus. Tapi kenapa sampai tiada orang panggil?
Itulah, saya sendiri rasa hairan. Sampai satu tahap, terus-terang, saya pernah menangis depan Didie. Dia tanya kenapa? Saya jawab, saya hairan kenapa orang lain ‘job’ masuk tak henti-henti sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan. Tapi saya langsung tidak ada? Saya tanya dia, ada tak dia nampak muka saya macam dibenci orang? Ada juga terdetik kalau-kalau ada orang letak ‘sesuatu’ supaya saya dibenci. Sebab sebelum itu pernah terjadi.

Boleh Enot cerita lanjut mengenai kejadian mistik yang berlaku? Agaknya kenapa?
Saya perasan hal ini dan tak nafikan ia mungkin terjadi. Sebab, saya pelik, masa saya tak ada kerja berlakon sebelum ini, saya berniaga dan jual air laici kang. Sehari dalam 300 hingga 400 bekas laris terjual. Saya jual juga kerepek bayam, berkilo-kilo terjual selama dua minggu. Memang rezeki mencurah masa itu. Masuk saja minggu ketiga, bayangkan satu pesanan pun tiada. Sampai ke sudah, tak ada langsung! Saya cuba juga jual di online, adalah dua tiga orang beli. Tak banyak. Tapi, pelik sangat bila pesanan langsung tiada sedangkan masa awal-awal itu, saya berniaga sampai tak cukup tangan.

Ada berusaha berubat tak? Mana tahu boleh pastikan ia sihir atau tidak.
Sebenarnya, sejak saya sakit dulu, memang banyak saya pergi berubat di merata-rata tempat. Sampai satu tahap, ustaz cakap, kalau keadaan macam ini, akhirnya kita yang kena pandai amalkan zikir untuk ubati diri sendiri. Jadi, saya amalkanlah apa yang ustaz ajar. Nak buat macam mana, sudah tak boleh buat apa. Kalau berubat sampai keluar duit beratus-ratus tapi tak menjadi dan tak baik-baik juga, lebih baik saya zikir sendiri dan tawakal sajalah pada Allah SWT.

Jadi memang betul ada orang tak puas hati dan ‘buat’ Enot?

Saya tak nak cakap ini sehingga menyebabkan ia mungkin jatuh fitnah pada sesiapa. Cukuplah saya katakan, perkara itu tidak mustahil dan saya akui, Allah SWT ada beri petunjuk tentang siapa si pelaku. Tapi saya ini tak nak larut sangat. Saya berubat pun sebab dua benda, satu sebab memang sakit, keduanya untuk ubati diri daripada gangguan anasir luar. Kalau pengikut saya naik di Instagram, mesti saya akan ‘kena’ sakit. Keadaan itu berulang kali berlaku, sudah bertahun.

Tapi Enot tak rasa bimbang jika hal begini berlaku lagi? Sakit datang lagi? Adakah nanti Enot akan memaafkan perbuatan orang itu?
Saya cuba elak sahajalah daripada individu itu. Tak mahu cakap lebih-lebih bab ini. Mestilah saya tak nak sakit. Tapi kita usah lupa, kita ada Allah SWT. Dialah yang Maha Berkuasa dan saya percaya, Dia lebih mengetahui. Tiada daya untuk saya membalas perbuatan orang itu di dunia ini. Saya serahkan sahaja pada Dia yang di atas untuk menilai di hari pembalasan nanti. Saya pun sudah lama kecilkan pergaulan. Cuma berkawan dengan mereka yang mahu berkawan dan saya percaya sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya