Sempena apa kereta itu? Saya rasa lebih baik tanya Zul - Gayatri Su Lin - Utusan Malaysia

Sempena apa kereta itu? Saya rasa lebih baik tanya Zul – Gayatri Su Lin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah daripada pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), Zul Ariffin, Gayatri Su Lin, mengaku terkejut dengan pemberian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditanya oleh pihak media mengenai tujuan Zul memberikan hadiah kereta jenis Range Rover tersebut, penerbit popular berusia 46 tahun ini tidak mahu mengulas panjang.

“Saya dapat kereta itu pada hari Selasa lepas. Perasaan saya? Tentulah terkejut. Zul sangat baik hati. Dia sendiri yang pandu kereta itu dan bagi dekat saya.

“Sempena apa kereta itu? Saya rasa lebih baik tanya Zul sebab dia yang bagi. Saya terima saja. Saya tak ada tanya dia pun (kereta sempena apa).. mungkin sempena hari lahir saya yang lepas,”katanya.

Selain itu, ditanya mengenai maksud di sebalik keistimewaan nombor plat, bekas kekasih Zul ini memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Itu hanya nombor plat. Tapi cantik kan? Soal itu pun tanya Zul sendiri. Kalau ikut kepercayaan masyarakat Cina bermaksud it’s long life (panjang umur),”katanya.

Gayatri ditemui ketika majlis tayangan perdana dan sidang media filem Bunga dan Kayu yang diadakan di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, semalam.

Dalam pada itu, mengenai soal jodoh dengan pelakon filem Sangkar tersebut, Gayatri mengaku lebih tenang dengan menyerahkan urusan itu kepada Tuhan.

Malah, dia juga sudah lali dengan gosip mengenai hal itu dan lebih selesa membiarkan netizen membuat andaian.

“Sejujurnya saya penerbit, jadi saya rasa cerita saya tak menarik. Dah 10 tahun saya kenal Zul, dah macam-macam spekulasi, andaian, hinaan dan sokongan. Bagi saya, biar orang luar buat andaian. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada (soal jodoh). Tengoklah macam mana,”katanya.

Sebelum ini, Zul Ariffin dan Gayatri dilaporkan pernah bercinta sejak 2012, namun hubungan mereka berakhir selepas tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya