Saya rasa seperti sekerdil-kerdil manusia, orang tak kenal saya pun - Linangan air mata Siti Nurhaliza depan Kaabah - Utusan Malaysia

Saya rasa seperti sekerdil-kerdil manusia, orang tak kenal saya pun – Linangan air mata Siti Nurhaliza depan Kaabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berlinangan air mata penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, apabila dapat melunaskan hajatnya untuk menunaikan umrah pada tahun ini biarpun tanpa ditemani suami dan anak-anak.

Berkongsi perasaan bercampur baur secara siaran langsung di Instagram miliknya, penyanyi lagu Wajah Kekasih itu turut meluahkan kerinduannya melihat Kaabah dan kembali menjejaki ke Tanah Suci Mekah.

“Pemandangan dan suasana di Kaabah ini yang saya rindukan sebenarnya. Saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ini.

“Saya duduk dengan orang-orang biasa buatkan saya rasa bahawa saya hanyalah sekecil-kecilnya manusia. Suka duduk ramai-ramai macam ini, orang tak kenal saya pun.

“Masing-masing tengah berdoa, doa yang terbaik. Semua berebut-rebut. Ini yang sangat saya rindui. Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya,” ujarnya dengan nada tenang dan gembira sambil mengusap air mata.

Dalam perkongsian sama, dia yang mesra disapa Tok Ti turut berterima kasih terhadap suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kerana memberi keizinan selain menjaga anak mereka di sepanjang pemergiannya.

Sebagai informasi, Siti Nurhaliza menjalani hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Mekah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa pada 25 April lalu.

Siti Nurhaliza dijangka kembali ke tanah air sebelum menyambut Hari Raya pada minggu depan. Kali terakhir Siti Nurhaliza menunaikan umrah pada 2019 bersama suami, anak dan pengasuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya