MAHSURI Food Sdn. Bhd. sentiasa tampil dengan produk berkualiti untuk kepuasan pelanggannya.
Ini termasuk pelbagai pilihan sos yang boleh disesuaikan dengan apa sahaja masakan pilihan anda. Sama ada untuk penyerapan, menghilangkan rasa daging beku yang tidak enak dan memberikan lapisan karamel emas selepas dimasak. Bagus untuk daging segar dan beku.
Untuk memasak – dari daging ke sayur ke cendawan atau malah nasi atau mi kegemaran anda – perasakan bahan semasa menggoreng atau merebus, meningkatkan rasa dan penampilan hidangan anda. Malah boleh menambah satu atau dua sudu ke dalam sup anda untuk mendapatkan banyak rasa.
Bagi yang tiada idea untuk memasak menggunakan sos Mahsuri boleh cuba resipi salmon goreng bersos pedas ini.
Resipi salmon goreng sos pedas:
Bahan-bahan:
- 4 keping ikan salmon
- ½ biji jus lemon/limau nipis
- 3 sudu besar Mahsuri Sos Berperisa Tiram Mahsuri
- 1 sudu besar Mahsuri Kicap Lemak Manis
- 5 sudu besar air
- 3 biji cili padi – dimayang
- 3 ulas bawang merah– dimayang
- 2 ulas bawang putih- dimayang
- ½ inci halia muda – dihiris halus
- 3 biji bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
2 sudu kecil gula - 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil garam halus
- 4 sudu besar minyak masak untuk menumis
- Daun selasih untuk hiasan
- Hirisan lemon untuk hiasan
Cara Memasak:
1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan salmon dan perapkan selama 10 minit.
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan salmon hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali yang sama, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang hingga naik bau.
4. Masukkan Sos Berperisa Tiram Mahsuri, gula, Kicap Lemak Manis Mahsuri, air dan biarkan mendidih hingga pekat.
5. Masukkan balik ikan salmon yang telah digoreng tadi dan perahkan jus lemon. Kacau hingga sebati dan diangkat.
6. Hiaskan dengan hirisan lemon dan daun selasih.