BIASALAH dalam bulan Ramadan ini kadang-kadang pening juga memikirkan apa juadah yang mahu disediakan untuk berbuka atau iftar dan sahur.
Kalau sudah kekeringan idea apa kata cari resipi mudah yang anda boleh sediakan dengan cepat dan pantas bagi dua waktu penting ini sepanjang Ramadan.
Untuk menyempurnakan masakan anda ini jangan lupa menggunakan produk Mahsuri Foods, terutama sos keluarannya yang sesuai untuk apa sahaja terutama untuk memerap, memasak dan mencecah.
Mahsuri Food menyedia pek bundle istimewa yang boleh didapati di pasar raya utama dan platform beli-belah online Shopee dan Lazada,
Di sini dikongsikan dua resipi ringkat untuk anda cuba sepanjang Ramadan ini.
- Soto Ayam
Bahan Hidangan:
500g isi ayam kampung
300g nasi himpit
50g suhun (digoreng)
hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
sedikit kacang tanah (digoreng)
Bahan Perapan Ayam:
30g Mahsuri Sos Berperisa Tiram
20g serbuk kunyit
10g garam
Bahan A (Sup):
Tulang ayam kampung
30g bawang merah
20gbawang putih
20g halia
2 kiub pati ayam
2 literair
1 bunjut rempah sup
Bahan Pencecah:
50g Kicap Manis Pedas Mahsuri
20g halia muda (ditumbuk)
Cara-cara:
Perapkan isi ayam bersama bahan perapan dan goreng hingga garing. Angkat dan carikkan halus isi ayam dan ketepikan. Tumiskan bahan A sehingga wangi dan masukkan air, masak sehingga mendidih. Hidangkan sup ayam bersama bahan hidangan dan bahan pencecah kicap manis pedas.
- Makaroni goreng
300g makaroni (dicelur)
200g daging kisar
100g tomato puri
50g Sos Berperisa Tiram Mahsuri
30g Kicap Manis Pedas Mahsuri
30g bawang besar
30g bawang putih
100g daun saderi (dipotong dadu)
10g lada sulah
50g keju Parmesan
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit daun parsley
Cara-cara:
Tumiskan bawang besar, bawang putih bersama daging kisar dengan minyak zaitun sehingga empuk. Masukkan tomato puri, kicap manis, sos tiram dan makaroni yang telah dicelur. Masukkan daun saderi dan perisakan dengan lada sulah dan keju parmesan. Hidangkan dengan daun parsley.