Ramlah Ram amal cengkih untuk suara

Ramlah Ram amal cengkih untuk suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berjaya mengekalkan kemantapan vokal di usia 57 tahun, penyanyi bersuara emas, Ramlah Ram, mengakui sering mengamalkan pengambilan cengkih sebagai kaedah menjaga suara.

Kata Ramlah, petua tersebut merupakan amalan ibunya yang diturunkan kepadanya sejak sekian lama.

“Ibu saya seorang yang rajin membaca Al-Quran. Pada ketika dia alami sakit tekak, dia akan kumam cengkih. Itulah ubat batuk yang dia amalkan.

“Dia juga berpesan benda yang sama kepada saya. Secara tak langsung, sejak dulu sampai sekarang, saya juga amalkan cengkih lebih-lebih lagi bila tekak rasa tidak selesa.

“Jadi, saya akan bawa cengkih dalam beg ke mana sahaja saya pergi. Risau juga, orang salah faham. Ingat saya buat tangkal atau apa,” katanya berseloroh.

Kata juara Bintang RTM 1986 ini, dia juga akan mengelakkan perkara-perkara yang merosakkan suara bagi memastikan mutu nyanyian dapat dikekalkan.

“Saya bersyukur, kerana bakat ini Allah berikan kepada saya dan saya boleh gunakan untuk mencari rezeki.

“Kelebihan yang dipinjamkan Allah ini kena jaga sebaiknya. Jadi saya akan elak minum air sejuk atau minuman berais kerana itu akan merosakkan suara.

“Saya juga amalkan pengambilan madu untuk kekal bertenaga. Cara orang menjaga suara berbeza-beza. Ini pula cara saya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya