Nak berniaga, kena cari ilmu - Zulin Aziz - Utusan Malaysia

Nak berniaga, kena cari ilmu – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melahirkan rasa gembira dengan perkembangan sihat yang ada dalam industri hiburan apabila melihat semakin ramai artis berani meneroka bidang perniagaan, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, ada buah fikirannya.

Katanya, dia berbesar hati kerana semakin ramai artis mempunyai kesedaran untuk menjana pendapatan lain selain berlakon atau menyanyi kerana sekurang-kurangnya tidak fokus hanya pada satu cabang sumber rezeki semata.

“Bagi saya, apa yang kita tengok sekarang, ramai artis ambil peluang untuk cari pendapatan tambahan. Mereka cuma tinggal hendak promosi saja. Satu lagi situasi, ramai juga usahawan tempatan mengambil peluang yang sama iaitu menggunakan pengaruh artis untuk bantu jualan.

“Jadi, wujudlah situasi menang-menang di situ. Masa puasa dan hendak dekat raya ini,memang makin ramai artis berniaga, lagi-lagi bila ada banyak peluang perniagaan contohnya, macam dapat reruai jualan percuma dan sebagainya.

“Bagus kalau artis terjun dalam bidang perniagaan ini. Cuma nasihat saya, kena seiring juga dengan mencari ilmu. Insya-Allah, kita akan berada di landasan yang betul,”katanya.

Selain itu, tambah Zulin, dia tidak menolak mungkin ada pihak sekadar tangkap muat dalam berniaga namun percaya di akhirnya kelak jika masalah timbul, nama baik sendiri yang akan terjejas.

“Bagi mereka yang tangkap muat, kena fikir yang produk tersebut seiring dengan nama baik kita. Kalau produk itu tak bagus,kita yang akan nampak tak bagus. Nama kita yang tak elok.

“Ambil masa dan cari betul-betul produk yang baik dan sesuai sampai puas hati. Insya-Allah orang pun lebih percaya dengan kita selepas ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya