Mas Idayu bakal kahwini kenalan sejak 15 tahun lalu

Mas Idayu bakal kahwini kenalan sejak 15 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut, Mas Idayu bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihannya juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa yang mula dikenalinya 15 tahun lalu.

Kedua pasangan tersebut dijangka mendirikan rumah tangga sekitar September tahun ini.

“Sebenarnya memang sudah macam kawan. Tetapi, tak sangka. Pusing-pusing, Allah merancang dia untuk saya.

“Padahal, dua tahun lepas, dalam program Lagu Cinta Kita (LCK) memang sudah ada ejek-ejekkan. Semua tahu, di Asia, orang panggil Mummy ini, Mummy.

“Dalam sidang media Lagu Cinta Kita Tiga, dia pernah katakan, tadi Mummy bagi ucapan, ini Daddy pula bagi ucapan. Sejak itu, team LCK kenen-kenenkan,” katanya.

Penyanyi lagu Cintaku 100% itu sudah saling mengenali dengan penerbit eksekutif berkenaan sejak tahun 2008.

Namun, dia mengakui hubungan mereka hanya serius bermula beberapa bulan yang lalu.

Menurut Mas Idayu lagu, Sufian sudahpun datang berjumpa dengan kakak sulungnya.

“Tiada istilah dia melamar saya. Masing-masing faham isi hati. Dia memberitahu ingin berjumpa keluarga saya.

“Saya gembira kerana dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Anak saya yang aturkan empat kali pertemuan kami,” kongsinya.

Dalam pada itu, ibu seorang anak ini turut memaklumkan bahawa persiapan (perkahwinan) sudahpun mula dilakukan.

“Sudah 30 peratus siap. Tempat ada beberapa, cuma nak pilih sahaja,” katanya lagi.

Mas Idayu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997.

Namun perkahwinan mereka terlerai di tengah jalan apabila keduanya bercerai pada tahun 2006.

Mereka telah dikurniakan seorang anak, Nur Dayini Asyiqa, 25.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya