PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein, tampil berkongsi tips yang dilakukannya setiap kali menerima tawaran berlakon.
Menerusi entri Instagram, Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu memuat naik gambar yang memperlihat satu skrip projek terbaharunya, Sherry Supir arahan Malek Rahman.
Menurut Elly, dia akan membaca skrip yang diberikan sejurus sahaja selesai menguruskan anak-anaknya.
“Alhamdulillah peluang demi peluang. Syukur Alhamdulillah, bila anak-anak sudah tidur, baru mama bole baca skrip.
“Buat nota bagai. Kenapa kena buat nota bagai? Supaya kau tak terpinga-pinga, tidak ternganga- nganga di set.
“Yang paling ‘piala’ , bila kau tidak tahu drama itu cerita apa… kau memang betul-betul ‘drop’ lah masa itu dik (adik),” coretnya di Instagram.
Mengulas lanjut, pelakon naskhah popular Kampung People itu sempat berseloroh menerusi kapsyen tersebut.
“Kau memang meminta untuk dibaling mesin jahit jenama Singer yang dipinjam dari kak Leha yang duduk di Taman Serabut.
“Okey bye… kau melayan kak Lina ini, macam-macam ayat yang tidak faham akan keluar nanti.
“Baca skrip ke mana, apa ke mana. Silap-silap kak kepom yang kena baling mesin jahit jenama
Singer… pitam dik,” selorohnya.