Inilah harga sepatutnya untuk bakat sebesar Aina... -Peminat 'backup' Aina Abdul - Utusan Malaysia

Inilah harga sepatutnya untuk bakat sebesar Aina… -Peminat ‘backup’ Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36, Aina Abdul riuh berkicau di media sosial apabila ramai yang mempersoalkan kredabiliti dan kedudukannya dalam dunia muzik tanah air sehingga meletakkan harga tinggi untuk menyaksikan konsertnya.

Namun, peminat Aina tidak berdiam diri dan mula mempertahankan penyanyi Semalam itu dengan menyifatkan harga bagi konsert sulungnya di Istana Budaya Jun depan berpatutan dan setaraf dengan bakat yang dimiliki penyanyi itu.

Seorang pengguna Twitter, @ELMIELMO, berpendapat harga tiket yang diletakkan itu adalah harga yang sesuai buat penyanyi berbakat besar itu.

“Inilah harga sepatutnya untuk bakat sebesar Aina Abdul. Kenapa Justin Bieber boleh, Aina Abdul tidak boleh?

“Membuat persembahan di Istana Budaya tak kan memakai minus one ya tak? Mesti ada band dan orkestra.

“Pengurus pentas, jurutera lampu/pencahayaan, jurutera bunyi, kru pengajar, pakaian, solekan, sewa Istana Budaya lagi. Pemasaran, pengawal serta ‘back up’ vokal,” ciapnya.

Mengulas lanjut, dia turut berpendapat harga tiket tersebut telah diambil kira selepas pihak Aina membuat pengiraan segala kos dengan teliti terlebih dahulu.

“Jurang jauh sebab mungkin dia sebolehnya nak jual tiket harga yang mampu milik. Mesti dia dah membuat pengiraan teliti dengan bajet and sales.

“Ini belum tiba-tiba Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) minta membayar royalti padahal konsert sendiri,” tulisnya lagi.

Selain itu, Elmi turut menyifatkan penyanyi lagu Semalam itu mempunyai target ‘crowd’ tersendiri bagi menjual tiket yang dikatakan terlalu mahal tersebut.

“Dan aku yakin tiket mahal-mahal itu, dia tidak target khalayak sebarangan.

“Dia mesti ada pelanggan korporat yang dia pernah melakukan persembahan pada makan malam mahu pun perform dekat dinner ke majlis korporat ke yang akan membeli tiket-tiket itu semua.

“Patut beruntung rasa ada artis yang berani buat show macam ni untuk isi poket ramai orang,” katanya.

Baru-baru ini, peminat menzahirkan rasa kecewa apabila harga tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 oleh penyanyi bersuara lunak itu terlalu mahal.

Menerusi laman Twitter, rata-rata warganet mula merungut dengan harga tersebut, malah ada yang membandingkan Aina dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya